Sunday, May 13, 2012

Kelebihan VeMMA - The Best Supplement in the World!


Apabila melihat Vemma secara rambang atau belum mengenalinya lagi, kita akan mengatakan ianya hanyalah sejenis jus seperti lain-lain yang terdapat di pasaran. Malah ada yang menyamakan ia dengan minuman berasaskan buah-buahan yang banyak berada di rak-rak minuman sejuk di pasaraya yang juga menawarkan kandungan vitamin yang tinggi, namun mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Jawaban sebenarnya adalah TIDAK sama sekali.  Vemma tidak dikategorikan sebagai JUS!  Ia digelar 'cecair' atau 'liquid' yang merupakan supplement atau makanan tambahan.  Ia bukanlah untuk diminum sekaligus 2-3 gelas atau sebotol besar, untuk melepaskan dahaga.  Anda hanya perlu minum sebanyak 2 oz atau segelas kecil yang disertakan sekali semasa anda membeli Vemma, untuk sehari.  Ini sudah mencukupi untuk membekalkan segala jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan, serta meningkatkan tahap imunisasi tubuh kita.

Disarankan meminumnya selepas kita mengambil makanan, dan minum air yang banyak setiap hari.  Dr Abraham, Product Manager Vemma Malaysia pula menyarankan minum 1 oz setiap kali lepas makan, untuk 3 kali sehari.  Maknanya 3 oz untuk sehari bagi mendapatkan impak yang maksima.  Terpulang kepada kesesuaian dan niat masing-masing.  Tiada halangan kerana ia tidak mengandungi dadah atau steroid yang boleh memberi kesan tidak baik kepada anda.


Sebagai supplement berbentuk cecair, ia akan terus meresap ke tubuh badan kita sebaik sahaja kita minum. Berlainan dengan supplement berbentuk pil atau kapsul yang akan mengambil masa yang lama untuk meresap, malah mungkin akan keluar semula mengikut najis kita.  Anda boleh melakukan eksperimentasi sendiri - masukkan pil-pil yang anda makan saban hari ke dalam bekas berisi air dan perhatikan berapa lama ia akan pecah atau larut.

Seperti testimoni-testimoni yang saya pernah katakan sebelum ini, Vemma telah terbukti membantu ramai pesakit-pesakit diabetes, asma, gout, darah tinggi, jantung, sendi, dan macam-macam penyakit popular masakini.

Keputusan di tangan anda.  Samada mahu membelanjakan sedikit wang untuk kesihatan anda atau membiarkan penyakit itu terus menyerang badan kita sehingga kita tidak mampu bertindak apa-apa.

SEKIAN.  Hubungi saya untuk penerangan selanjutnya.