Monday, November 12, 2012

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Ahli

Sepanjang saya mengambil produk ini sebagai supplement, memang tidak dinafikan ianya adalah produk yang baik.  Tetapi mungkin tidak terlalu ketara sebab semulajadinya saya tidaklah menghidapi penyakit yang berat.. syukur Alhamdulillah! Malah kakak saya turut melanggani Vemma kerana merasakan keberkesanannya.

Namun, saya tidak mampu untuk aktif sebagai ahli yang dapat menjana pendapatan yang hebat.  Kerana fokus saya tiba-tiba terarah kepada perkara lain yang merupakan potensi sebenar diri saya.  Mungkin ada ramai ahli yang telah berjaya.. Terpulang kepada usaha masing2.  Bagi diri saya, cukup sekadar menjadi pengguna yang percaya kepada produk ini.

Ada beberapa perkara yang perlu saya beritahu di sini sekiranya anda baru menceburkan diri dalam bisnes ini.  Saya mahu memberitahu di sini kerana sebelum ini pun saya tidak berapa jelas.  Dan lebih teruk, tidak mengambil tahu walaupun tahu sikit2, tidak bertanya... juga banyak alasan ;)

Pertamanya ialah tentang HIDDEN COST!  Sekiranya anda membeli menggunakan kad kredit, anda akan perlu membayar lebih.. Contohnya, jika satu pack itu berharga RM342, di penyata kad kredit anda akan tertulis RM344.74 (ini pada penyata saya).  Jika anda mengambil Diamond berharga RM6,228, di penyata akan tertulis RM6,277.82 (lebih RM49.82).  Jika anda perlu penjelasan, anda MESTI menghubungi pejabat HQ untuk mengetahui charge apakah itu, atau menghubungi bank anda.

Keduanya, tentang AUTO-DELIVERY.  Sekiranya anda telah mendaftar untuk auto-delivery yang dibayar melalui kad kredit, anda perlulah menyemak dahulu akaun Vemma, jelas dengan penghantarannya dan kuantiti yang akan dihantar.  Ini kerana, anda mungkin akan terkejut (seperti saya) yang tidak semena-mena menerima barang tanpa diberitahu dan anda terpaksa membayar!  Jika anda membeli pack DIAMOND, penghantaran seterusnya secara auto-delivery ialah sebanyak 2 pek bernilai RM684 sebelum charge yang extra tu.  Untuk membatalkan perkara-perkara tertentu dalam soal penghantaran ini, anda perlu menghubungi pejabat kerana tidak boleh melakukan perubahan sendiri pada akaun.

Ketiga, bisnes ini tidak boleh dilakukan HANYA secara online tanpa perlu berjumpa atau bercakap dengan orang.  Mesti melakukan kesemua teknik, bermuka tebal, baru boleh berjaya dengan hebatnya macam leaders yang berjaya tu!  Perlu keluar dari rumah dan tidak malas!!  Setakat brochures yang dimasukkan ke post box di taman2 perumahan atau suratkhabar tidaklah memadai.. Sama juga dengan produk MLM yang lain sebenarnya...

Ini adalah antara perkara-perkara yang saya terlepas pandang atau tidak memandang serius sebelum ini.  Dan saya pasti, ramai juga yang seperti saya.  Sekurang2nya produknya bagus dan kerana itu mahal.  Untuk berniaga, pastikan kita ikhlas dan telus.  Dan pastinya ada sebab kenapa Allah tidak melorongkan saya kepada bisnes ini.  Namun kepada anda, keadaan mungkin berbeza.  Bergantung kepada niat, usaha dan siatuasi bagaimana yg anda mahu.. Tepuk dada tanya iman  :)

No comments:

Post a Comment