Monday, November 12, 2012

Perkara Yang Perlu Anda Tahu Sebagai Ahli

Sepanjang saya mengambil produk ini sebagai supplement, memang tidak dinafikan ianya adalah produk yang baik.  Tetapi mungkin tidak terlalu ketara sebab semulajadinya saya tidaklah menghidapi penyakit yang berat.. syukur Alhamdulillah! Malah kakak saya turut melanggani Vemma kerana merasakan keberkesanannya.

Namun, saya tidak mampu untuk aktif sebagai ahli yang dapat menjana pendapatan yang hebat.  Kerana fokus saya tiba-tiba terarah kepada perkara lain yang merupakan potensi sebenar diri saya.  Mungkin ada ramai ahli yang telah berjaya.. Terpulang kepada usaha masing2.  Bagi diri saya, cukup sekadar menjadi pengguna yang percaya kepada produk ini.

Ada beberapa perkara yang perlu saya beritahu di sini sekiranya anda baru menceburkan diri dalam bisnes ini.  Saya mahu memberitahu di sini kerana sebelum ini pun saya tidak berapa jelas.  Dan lebih teruk, tidak mengambil tahu walaupun tahu sikit2, tidak bertanya... juga banyak alasan ;)

Pertamanya ialah tentang HIDDEN COST!  Sekiranya anda membeli menggunakan kad kredit, anda akan perlu membayar lebih.. Contohnya, jika satu pack itu berharga RM342, di penyata kad kredit anda akan tertulis RM344.74 (ini pada penyata saya).  Jika anda mengambil Diamond berharga RM6,228, di penyata akan tertulis RM6,277.82 (lebih RM49.82).  Jika anda perlu penjelasan, anda MESTI menghubungi pejabat HQ untuk mengetahui charge apakah itu, atau menghubungi bank anda.

Keduanya, tentang AUTO-DELIVERY.  Sekiranya anda telah mendaftar untuk auto-delivery yang dibayar melalui kad kredit, anda perlulah menyemak dahulu akaun Vemma, jelas dengan penghantarannya dan kuantiti yang akan dihantar.  Ini kerana, anda mungkin akan terkejut (seperti saya) yang tidak semena-mena menerima barang tanpa diberitahu dan anda terpaksa membayar!  Jika anda membeli pack DIAMOND, penghantaran seterusnya secara auto-delivery ialah sebanyak 2 pek bernilai RM684 sebelum charge yang extra tu.  Untuk membatalkan perkara-perkara tertentu dalam soal penghantaran ini, anda perlu menghubungi pejabat kerana tidak boleh melakukan perubahan sendiri pada akaun.

Ketiga, bisnes ini tidak boleh dilakukan HANYA secara online tanpa perlu berjumpa atau bercakap dengan orang.  Mesti melakukan kesemua teknik, bermuka tebal, baru boleh berjaya dengan hebatnya macam leaders yang berjaya tu!  Perlu keluar dari rumah dan tidak malas!!  Setakat brochures yang dimasukkan ke post box di taman2 perumahan atau suratkhabar tidaklah memadai.. Sama juga dengan produk MLM yang lain sebenarnya...

Ini adalah antara perkara-perkara yang saya terlepas pandang atau tidak memandang serius sebelum ini.  Dan saya pasti, ramai juga yang seperti saya.  Sekurang2nya produknya bagus dan kerana itu mahal.  Untuk berniaga, pastikan kita ikhlas dan telus.  Dan pastinya ada sebab kenapa Allah tidak melorongkan saya kepada bisnes ini.  Namun kepada anda, keadaan mungkin berbeza.  Bergantung kepada niat, usaha dan siatuasi bagaimana yg anda mahu.. Tepuk dada tanya iman  :)

Sunday, May 13, 2012

Kelebihan VeMMA - The Best Supplement in the World!


Apabila melihat Vemma secara rambang atau belum mengenalinya lagi, kita akan mengatakan ianya hanyalah sejenis jus seperti lain-lain yang terdapat di pasaran. Malah ada yang menyamakan ia dengan minuman berasaskan buah-buahan yang banyak berada di rak-rak minuman sejuk di pasaraya yang juga menawarkan kandungan vitamin yang tinggi, namun mengandungi kandungan gula yang tinggi.

Jawaban sebenarnya adalah TIDAK sama sekali.  Vemma tidak dikategorikan sebagai JUS!  Ia digelar 'cecair' atau 'liquid' yang merupakan supplement atau makanan tambahan.  Ia bukanlah untuk diminum sekaligus 2-3 gelas atau sebotol besar, untuk melepaskan dahaga.  Anda hanya perlu minum sebanyak 2 oz atau segelas kecil yang disertakan sekali semasa anda membeli Vemma, untuk sehari.  Ini sudah mencukupi untuk membekalkan segala jenis vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan, serta meningkatkan tahap imunisasi tubuh kita.

Disarankan meminumnya selepas kita mengambil makanan, dan minum air yang banyak setiap hari.  Dr Abraham, Product Manager Vemma Malaysia pula menyarankan minum 1 oz setiap kali lepas makan, untuk 3 kali sehari.  Maknanya 3 oz untuk sehari bagi mendapatkan impak yang maksima.  Terpulang kepada kesesuaian dan niat masing-masing.  Tiada halangan kerana ia tidak mengandungi dadah atau steroid yang boleh memberi kesan tidak baik kepada anda.


Sebagai supplement berbentuk cecair, ia akan terus meresap ke tubuh badan kita sebaik sahaja kita minum. Berlainan dengan supplement berbentuk pil atau kapsul yang akan mengambil masa yang lama untuk meresap, malah mungkin akan keluar semula mengikut najis kita.  Anda boleh melakukan eksperimentasi sendiri - masukkan pil-pil yang anda makan saban hari ke dalam bekas berisi air dan perhatikan berapa lama ia akan pecah atau larut.

Seperti testimoni-testimoni yang saya pernah katakan sebelum ini, Vemma telah terbukti membantu ramai pesakit-pesakit diabetes, asma, gout, darah tinggi, jantung, sendi, dan macam-macam penyakit popular masakini.

Keputusan di tangan anda.  Samada mahu membelanjakan sedikit wang untuk kesihatan anda atau membiarkan penyakit itu terus menyerang badan kita sehingga kita tidak mampu bertindak apa-apa.

SEKIAN.  Hubungi saya untuk penerangan selanjutnya.

Tuesday, April 24, 2012

Cara Nak Order Vemma


Ada 2 cara nak order Vemma ni.  Samada mendaftar dahulu sebagai pre-enrollee (PE) ke Vemmabuilder, sistem yang membantu kelancaran bisnes ini ATAU mendaftar terus sebagai ahli ke link Vemma.com.

1)  Melalui Vemmabuilder

Pendaftaran dan pembelian cara ini membolehkan anda melakukan bisnes Vemma dengan bantuan sistem auto-responder dan juga lain-lain perkhidmatan yang ditawarkan oleh sistem ini.  Selain membatu melicinkan lagi tugas kita (umpama setiausaha), Vemmabuilder turut menawarkan bonus kepada ahli yang menyumbangkan 'paid member' atau network yang tinggi.  Caranya ialah mengisi borang dengan butir-butir yang tepat (peringkat PE), dan upgred menjadi member (M).  Di situ akan keluar pakej-pakej yang perlu anda pilih, buat bayaran dan pihak Vemma Malaysia akan terus menghantar barang anda ke rumah melalui kurier.  Untuk kaedah ini, anda perlu mempunyai kad kredit atau kad debit.

UNTUK ORDER SECARA INI SILA KLIK LINK -  http://www.myvbuilder.com/141425106/nvc

2)  Melalui Vemma.com (Malaysia)

Jika anda tidak perlu bantuan Vemmabuilder, atau mahu mencuba produk ini terlebih dahulu, anda boleh terus klik ke vemma.com, namun masih perlu memberikan butiran yang tepat tentang diri anda terutama alamat dan nombor telefon untuk penghantaran barang.  Selepas pembayaran dilakukan samada melalui kad kredit atau e-wallet (bank-in pembayaran ke akaun Vemma), barang akan dihantar terus ke rumah anda.

Secara automatiknya anda akan menjadi ahli dan akan menerima email dari pihak vemma untuk pelbagai perkara termasuk memberikan butiran no akaun bank (sekiranya anda mahu aktif bisnes) dan anda juga akan mendapat website vemma (percuma untuk brand partners).  Terpulang kepada anda untuk melakukannya!!

UNTUK ORDER SECARA INI SILA KLIK LINK - https://www.vemma.com/store/index.cfm?referrer=141425106&website_url=okeed05&opportunity=on&source=mv.com&CO=MY&cou=MY&tmp=tu3+MycPF7ugAvNp432t/Q==


NOTA:

i)  Untuk tujuan bisnes, anda disarankan mengambil Pakej Kesihatan (Diamond) untuk jangkamasa 28 minggu tanpa perlu re-order
ii)  Untuk kegunaan sendiri, bolehlah mengambil Vemma pack yang bernilai RM342 (32 oz utk 2 botol) atau RM385 (2 oz setiap botol kecil x 30)
iii)  Jika anda mahu membeli, tetapi tidak dapat melakukan kedua-dua cara di atas, sila hubungi saya

Sunday, April 15, 2012

Kenapa Memilih Bisnes Networking?

Why networking? Why network marketing?  Kenapa anda sebaiknya memilih perniagaan seperti ini? Antara jawabannya ialah:
  1. Membolehkan anda bekerja secara part time tetapi memperolehi pendapatan melebihi pekerjaan full time.  Hebat bukan?  Ini bukan cerita rekaan, tetapi kisah benar di Vemma.
  2. Menawarkan pendapatan pasif (passive income) yang berterusan selepas beberapa tahun sahaja.  Semakin lama dan semakin besar network anda, semakin relaks lah anda.
  3. Konsep bantu membantu atau 'people help people'.  Mereka yang sudah berjaya dan kaya akan membantu orang lain menjadi kaya.  (Seharusnya begitulah kalau nak rasa passive income tu..)
  4. Tidak memerlukan pengalaman dan kelulusan.  Hanya kerajinan anda!
  5. Tidak perlu kemahiran tertentu. Personality skill akan meningkat selama dalam bisnes ini
  6. Modal paling rendah - setiap perniagaan memang memerlukan modal.  Di Vemma, dengan wang sebanyak RM6,000 yang hampir menyamai modal penjual burger, anda akan mendapat peluang ke arah kebebasan masa dan wang yang sebenar tanpa perlu memikirkan untuk menyimpan stok atau menjual barang kepada orang.  
  7. Tiada risiko kos sewaan, dan lain-lain.
Memang sangat menarik!  Inilah bisnes yang disokong oleh para usahawan merangkap billionaire terkemuka dunia seperti Donald Trump dan Warren Buffet.  
Jika memahami konsep sebenarnya, bisnes seumpana ini melayakkan sesiapa sahaja untuk berada di atas, tidak seperti skim piramid yang sebenarnya berlaku di syarikat-syarikat dan organisasi.  Bisnes networking tidak akan meletakkan kita di bawah sahaja, malahan menggalakkan kita lebih berusaha untuk maju ke hadapan.  Kerana, itulah tonggak kejayaan sesebuah syarikat networking itu.

Hubungi saya untuk sebarang pertanyaan di emel: 


Friday, April 6, 2012

Daftar Percuma

DAFTAR PERCUMA UNTUK TEST DRIVE SELAMA SEBULAN BAGAIMANA BISNES INI DIJALANKAN DENGAN BANTUAN SISTEM VEMMABUILDER.

Sila isi borang di bawah

NamaPertama
:
NamaTerakhir
:
NoHP
:
Email
:
Email Sekali Lagi
:
Negara
:
SayaIngin Menjana
:
Selepas pendaftaran, kami akan email kepada anda langkah-langkah seterusnya dan juga beberapa fail untuk anda muat turun, kemudian terus mulakan kerja hanya dari rumah anda.

 

Wednesday, April 4, 2012

TESTIMONI VeMMA DI SUDUT BISNES

 PM pun suruh memanfaatkan medium popular yg ada ni.. Yang penting usaha!

Saya sudah menceritakan sedikit tentang testimoni VeMMA dari sudut kesihatan.  Memang akan ada peningkatan cerita dari semasa ke semasa.  Tidak disangkal kebaikan jus VeMMA dalam membantu mengawal kesihatan kita.

Dari sudut bisnes pula, juga saban waktu akan ada cerita kejayaan bersama VeMMA.  Memang ramai yang dah berjaya. Bukan hanya di Malaysia, malah dunia luar yang turut memasarkan VeMMA. Ini kerana VeMMA adalah produk antarabangsa yang diiktiraf dunia.  Kerana ianya juga adalah produk kesihatan yang bermutu tinggi.  Bukan minuman jus biasa2 macam di pasaraya tu, yg manis bergula.

Jutawan pertama VeMMA di Malaysia... muda je lagi!

Jutawan wanita VeMMA pertama di Asia.. bermula dengan part time! Pun masih muda..

KERATAN AKHBAR
Tak kira siapa, asalkan rajin berusaha.. 

Upline saya Pn Siti Hajjar, suami dan rakan2... Dapat award sokmo!
Saja nak naikkan semangat sendiri... barisan BMW mereka!

Saturday, March 24, 2012

TESTIMONI VEMMA

Saya faham jika anda tidak berminat untuk mencari sendiri testimoni pengguna VeMMA, apatah lagi jika kita ni bukan peminat tegar Youtube DAN kita juga belum terdesak mencari 'ubat'.  Kadangkala juga banyak gangguan sewaktu kita tengah 'play' youtube tu kan..huhu!

Saya kongsikan beberapa testimoni bertulis mereka2 yang telah berjaya memperolehi penawar panyakit iaitu VeMMA Mangosteen Plus.  Kredit diberikan kepada website http://www.vemmanggis.com/testimony.html.


******************
 
Haji Ali Mansur
Saya tidak menyangka, setelah bertahun tahun mengidap penyakit kencing manis dengan bacaan yang melebihi 15, akhirnya saya bertemu penawar terhebat. Penyakit kencing manis saya sekarang sudah sembuh dengan bacaan normal. Terima kasih Vemma!


 
Sheila Arshad
Ayah saya menghidap penyakit gout,kencing manis,darah tinggi dan banyak lagi……Sampaikan perlu makan 21 biji pil sehari dan perlu ambil darah 1 kali setiap 2 minggu..Setelah 2 bulan mengamalkan Vemma,ayah saya beransur pulih….Tidak lagi perlu makan 21 pil lagi…….Doktor juga terkejut dengan perubahan yang dialami.. Saya sendiri semakin cergas selepas mengamalkannya.


 
Fauziah Maidi
Saya telah memberi suami minum VeMMA single pack selama 4 minggu dan berat badannya turun 5kg. Rasa sihat dan cergas. Masalah kulit yang kering juga hilang.


 
Mazitah Mohammad
Sebelum ni saya ada penyakit buasir. Baru seminggu saya minum air vemma, buasir saya sudah beransur pulih.kini saya mula memperkenalkan produk vemma kepada saudara saya yang menghidap kencing manis(mohammad zafawi bin sulong). Alhamdulillah selepas beberapa hari minum VeMMA kesannya amat positif.
***********************************

Mereka hanya segelintir.. Ramai lagi yang dah kembali sihat setelah minum jus VeMMA.  Semuanya dengan kuasa ALLAH.  Kita perlu berikhtiar untuk menyembuhkan penyakit, bukan hanya setakat berdoa.

Pagi ini mak saya juga sudah memberitahu tentang dirinya yang baru seminggu minum Mangosteen Plus.  Mak dah makan dan minum bermacam-macam produk dan ubat untuk sakit kakinya yg semakin teruk tu.  Kami adik-beradik sentiasa berikan yang terbaik untuk dia, dari rawatan, ubat, makanan tambahan, minyak gosok dan macam-macam.  Lepas je dapat barang ni, saya pass satu dekat mak dengan doa dan harapan dia sembuh dan boleh berjalan seperti dulu.

Mak kata badannya panas, kaki sakit, kaki yang bengkak tu gatal2 hingga keluar 'putih2' (tak pasti apa yg putih..:)).. Saya kata, mungkin sedang bertindakbalas.. Sebab lain orang, lain kesan dan respons nya pada badan.  Macam saya, untuk botol pertama, badan ni macam lemas dan rasa mengantuk je.. Kepala rasa 'high' macam nak pitam (saya memang jenis low blood, tapi tak serius).  Tapi, lutut ni dah tak rasa lenguh-lenguh macam selalu.  

So, kita tunggu untuk feedback seterusnya... Tak ada penyakit serius yg boleh baik serta-merta, mesti ambil masa untuk proses penyesuaian dan pemulihan.  Sabar dan berdoa lah!!

Friday, March 23, 2012

PERNIAGAAN DAN BEKERJA CARA VEMMA

Perniagaan cara VeMMA adalah sangat simple.  Ianya tidak memerlukan kita menjual barang, menyimpan stok yang banyak dan bertemu orang.  Kerana konsep VeMMA ialah NETWORK MARKETING.  Kita kena beli barang untuk kegunaan sendiri bukan untuk jualan seperti lain-lain produk MLM.  Rata-rata Brand Partner melakukan bisnes ini secara ONLINE.  Hanya memerlukan talian internet dan komputer sahaja.

Cara pemasaran VeMMA

Untuk memulakan perniagaan VeMMA, pakej yang disarankan ialah PAKEJ KESIHATAN/BUSINESS COMBO DIAMOND HEALTH PREMIUM PACK yang bermodalkan dari RM6,156 - RM6,930 untuk beberapa jenis sub-pakej pilihan.  Mereka yang SERIUS untuk menjana pendapatan, akan mengambil pakej ini.  Dengan mengambil pakej ini juga, kita tidak perlu mengulangi pembelian yang sama pada masa akan datang. Namun, kita perlu mengulangi pembelian dengan pakej biasa mengikut keperluan setelah bulan ke-7.  Lazimnya, mereka yang bersungguh-sungguh telah memperolehi keuntungan pada bulan tersebut.  Malah turut mengalami kenaikan pangkat dengan pendapatan berganda-ganda.

Pada peringkat permulaan, kita digalakkan untuk mencari 'downline' cukup hanya 2 ORANG bagi mengimbangi sayap kiri dan kanan kita.  Dan seterusnya, menggalakkan downline kita mencari lagi 2 orang di bawah mereka, dan seterusnya.  Kami bekerja secara pasukan, dan kita cuma perlu "duplicate" mana-mana "template" yang telah tersedia oleh upline atau mereka-mereka yang terdahulu.  Mudah kan?  Kalau anda kreatif, itu merupakan satu bonus.
Penduduk di Malaysia ada seramai lebih 28 juta.. Pengguna facebook sahaja (2011) hampir mencecah 12 juta dan yg berumur 28 tahun ke atas lebih dari 6 juta.  FACEBOOK adalah medium pemasaran ONLINE yang paling popular, selain youtube, google dan blogspot.  Jikalau anda punyai kebolehan pemasaran secara OFFLINE, ia juga merupakan satu bonus kerana kita akan berhadapan dengan prospek secara 2 hala dan "face-to-face".  Pada peringkat permulaan, pengiklanan adalah sangat penting.

Apabila kita menganggap ia satu BISNES, kita perlu berperilaku sebagai seorang peniaga.  Maka itu, kita kena bekerja kerana tiada wang yang datang bergolek.  Kerana itu, anda kena serius untuk berniaga atau bekerja untuk menjadi seperti mereka yang telah berada di puncak.  Di VeMMA, sesiapa sahaja boleh berjaya dan mendahului yang lain asalkan rajin.  Ia buka skim piramid.


 Bonus tertentu dibayar menggunakan USD


Thursday, March 22, 2012

Setiap Insan Berhak Mendapat Seteguk VeMMA...

"Vemma represents the most complete liquid nutritional program that I have ever seen!  In today's hectic and fast pace lifestyle, many people fail to take the time to supplement properly.  Their bodies are lacking the essential minerals and vitamins that are so critical to help the body function.  No other supplement can compare to Vemma's blend of mangosteen and aloe vera, which represent the most potent antioxidants that the world has ever seen!  I therefore, highly recommend the Vemma Nutrition Program to each and every person!"   - Dr John Edwards, BSc. / MBBS, Healthy Oakland Clinic

---------------------

Seteguk cecair Vemma untuk sehari hanyalah sebanyak 2 auns.  Meminumnya setiap hari, kita akan merasa lebih bertenaga, lebih sihat, lebih bersikap positif dan memiliki kehidupan lebih baik.

VeMMA mungkin merupakan produk cecair multivitamin, mineral dan antioksidan yang paling lengkap.  Program revolusi ini tidak berkompromi dalam manfaat nutrisinya untuk kita seisi keluarga.

Dengan hanya hidangan 2 auns sehari, ia diumpamakan selengkap:

2 biji oren untuk mendapat jumlah vitamin C yang sama
9 biji avocado untuk mendapat jumlah vitamin E yang sama
3 tangkai brokoli untuk mendapat jumlah zat besi yang sama
55 biji telur untuk mendapat jumlah vitamin D yang sama
1 cawan bayam untuk mendapat jumlah vitamin A yang sama
3 cawan kacang untuk mendapat jumlah tiamin yang sama
19 biji pisang sederhana untuk mendapat jumlah ribovlavin yang sama
62 auns keju cheddar untuk mendapat jumlah vitamin B-12 yang sama
5 biji kentang besar untuk mendapat jumlah Niasin yang sama
61 cawan tomato untuk mendapat jumlah Folat yang sama
2 tembikai besar untuk mendapat jumlah vitamin B-6 yang sama
17 auns buah ceri untuk mendapat jumlah nilai ORAC yang sama
37 cendawan sederhana untuk mendapat jumlah asid pantotenik yang sama

Permulaan Kalam - Hanya Gambar :)

SILA KLIK !

2 PRODUK YANG TERBAIK UNTUK KESIHATAN